Assalamualaikum uollss,,
lai lai lai,kembali ke dapur Mizz Dida,eh jap2 nk pakai topi chep gue yg bertingkat tingkat ni jap ;)
oks kali ni chep dida nk share resepi red velvet pujaan ati ramai disebabkan kemerahan nye yg hulalala (",)
resepi ni mungkin agak berbeza dengan resepi orang lain disebabkan telah diolah oleh chep dida mengikut tahap kesesuaian dirinya,tp no worries,rase maintain wallahh..
jap2 nk tunjuk gambar dulu,hehe ;)
mula2 kita sediakan bahan2 dulu ok laling semua ~~
Bahan A : Untuk diayak together2 hokay~
250gram : Tepung Kek
1 tsp : Baking Powder
1/2tsp : Garam
2 tsp : Cocoa Powder (tp ni chep dida tukar dgn Chocolate Powder tuk bg rase dia x pekat sgt n untuk mengekalkan kemerahannya itueww)
Bahan B - Campur dan kacau sebati
240 ml : Buttermilk
2 tbsp : Pewarna Merah
Ataupun - kalau x jumpe,uolls wat je sendiri,kui3 jimat kos pun ye. caranye senang aje campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka (tp disebabkan Chep Dida alergic cuka,so iollss gantikan dengan 1 tsp perahan lemon). same je effect dia uolls,jgn risau hokay :) Biarkan campuran tadi sebati selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram : Butter
300 gram : Gula kastor
2 biji : Telur
1 tsp : Esen vanilla
Bahan D -
1 tsp : Cuka masakan @ Lemon
1 tsp : Baking soda
Topping - Cream Cheese Frosting
227 gram : Cream cheese Philadelphia
227 gram : Mascarpone
1 tsp : Esen vanilla
1 cawan : Gula ising
360 ml : Whipped cream
Atau kalau uolls cam malas2 manje kan bole je guna topping versi malas2 manja, caranya :
100 gram : White Chocolate dicairkan
1/2 tsp : Perahan Lemon
Bahan2 da siap,sekarang jom kita betukang di dapur :)
Mula2 skali senyum dulu semanis kurma,baru red velvet yg terhasil pun semanis tuannye, wink*wink* ok2 fokus sekarang :)
Mula2 pukul butter selama tiga minit atau sehingga butter tu kembang. nk lg bgs,biarkan butter pd suhu bilik sebelum dipukul..cepatla sikit kembangnye~
pastu masukkan gula kastor dan pukul lagi lebey kurang tiga minit.
Masukkan telur satu persatu. Caranya, pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Ulang sehingga abes la uolls,pastu masukkan esen vanilla dan pukul lagi barang seminit 2 :)
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Guna mixer dgn kelajuan perlahan.
dalam bekas lain, masukkan bahan D (cuka @ lemon dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuang ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
lepas tu masukkan adunan ke dalam loyang (ikut pilihan ati la bentuk loyang yg uolls nk gunakan) kalau tanye chep dida harusla nk heart shape tp xde plk,so guna 4 segi aje~
Masak selama 50-60 minit dengan suhu 160 darjah celcius (part ni kena ikut oven masing2 hokay)
tips nye nnt cucuk guna cake tester kalau x melekat tu kira da masak ler~
~TOPPING~
Cara-cara nak buat Topping Cream Cheese
Biarkan cream cheese pada suhu bilik,pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga kembang. lebey kurang 5 minit. Kemudian letak esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai sebati.Lepas tu masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan pekat so senangla nk menghias,kalau adunan uolls cair,masukkan sekejap dalam peti ais pastu da bole guna~
Guna kretiviti uolls untuk menghias mengikut citarasa sendiri hokay,yg ni chep dida punye :)
yg ni versi red velvet cup cakes (",)
Selamat Mencuba uollss (*_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ORDER FORM
-
Name: Email Address: Contact Number Collection Self Pick-Up
Pos Laju
Order Quantity Pick-Up Date Remarks Create a web form here
No comments:
Post a Comment