Blogger Templates

PADPRIK CAMPUR

Ok..kali ni atas permintaan ramai linda nk share resepi padprik campur:)

Bahan-bahan yang diperlukan:

~BAHAN MENTAH~

* isi ayam dihiris
* daging dihiris
* udang
* sotong
(bahan2 yg kat atas ni ikut selera masing2,kalau nk wat seafoodnye sahaja pun bole)

~SAYUR-SAYURAN~

* Carrot
* Kacang Panjang
* Jagung (baby)
* Cendawan
* Bunga kobis
* Cili benggala (capsicum)
(semua sayuran perlu dihiris cantik dengan penuh kretiviti,
pilihan sayur sayuran bole ikut selera masing2)

~PERENCAH~

* Seulas Bawang putih ( diketuk ala2 chef diva)
* Cili boh dlm sesenduk ( cili kering yg dimesen)
* Minyak masak ( ikut kuantiti bahan2 yg digunakan..tp average dlm sesenduk kecik)
* Sos tiram dlm 1/2 senduk
* Garam *secukup rasa

~CARA-CARANYA~

* Panaskan minyak masak dlm kuali (besar sket sizenye supaya selesa nk masak)
* tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperang perangan
* masukkan cili yang dimesen td ikut *tahap kepedasan masing2
* tunggu sampai cili tu naik minyak dan masukkan sos tiram

~KEMUDIAN~

* Masukkan ayam & daging
* dah agak empuk masukkan udang dan sotong
(kalau ikutkan kita x digalakkan mencampurkan makanan laut dan darat dlm 1 masa)
pssttt...so terpulang pada empunyai diri ye:)
* pastu masukkan sayur sayuran yg keras dahulu (carrot,bunga kobis,baby corn,kacang panjang etc)
* dah empuk masukkan cili benggala & cendawan etc (sayuran yg lembut)
* Masukkan garam secukup rasa..


TADAAAAA...dah siap.!


~sELAMAT mENJAMU sELERA~

No comments:

Post a Comment