Blogger Templates

SURATAN @ KEBETULAN..ANTARA PILIHAN & KETENTUAN....

Sering kita terpikir adakah nasib yang menimpa diri kita merupakan sebuah suratan yang telah ditentukan pada kita..atau ianya merupakan satu kebetulan sahaja.. di sinilah kita perlu berbalik pada konsep percaya pada qada & qadar..

Qada' merupakan ketentuan ataupun ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas makhluknya sejak dari azali lagi. Qada' Mubram adalah sesuatu yg kekal dan tidak boleh diubah lagi seperti ajal & maut dan jantina seseorang.. manakala Qada' Muallaq pula adalah sesuatu yang boleh di ubah dengan ikhtiar dan usaha seseorang sebagai contoh,berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan di dalam kehidupan.

Qadar bermaksud pelaksanaan di atas segala ketentuan Allah S.W.T ke atas semua makhlukNya sejak dari azali lagi. Di sinilah usaha dan tawakal memainkan peranan.. di mana manusia perlu mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dan berserah kepada Allah S.W.T setelah mereka berusaha bersungguh sungguh..

Apabila seseorang merasakan dirinya selalu ditimpa malang dan sering ditimpa ujian mahupun halangan percayalah bahawa anda merupakan insan yang kuat dan terpilih untuk menghadapi ujian Allah itu..yang perlu anda lakukan hanyalah menghadapi segalanya dengan ketabahan dan cara yang betul..kerana dengan dugaan itu,manusia belajar untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan mereka..

Percaya atau tidak, hidup kita merupakan jawapan pada pilihan kita sendiri, kita yang memilih untuk menjadi diri kita sekarang..sebagai contoh jika ada yang rasa hidupnya tertekan akibat dibebani hutang..jika dia memilih itu sebagai takdir,maka dia akan terus merintih dengan hutang piutangnya..tp jika seseorang itu berpikiran positif dan sedar dirinya tertekan akibat berhutang,dia pastinya akan berusaha untuk bebas dari tekanan itu, banyak tindakan yang boleh diambil antaranya dengan merancang perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatannya selain daripada mencari kerja sampingan atau pun kerja yang bergaji lebih besar..

Harus kita sedar bahawa semua perkara ditentukan oleh Allah S.W.T. tetapi manusia diberi pilihan untuk menentukan hidupnya melalui tindakan serta pemikiran rasional dan usahanya sendiri..Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

~~Bersamalah kita menuju ke jalan Nya~~

3 comments:

  1. Terima kasih cik linda,saya take note ni :).cik linda teruskan menulis, saya akan terus membaca :) From Mr Hamsters :)

    ReplyDelete
  2. thanx 4 ur support,jemputla follow sweetdelicious.com:)

    ReplyDelete
  3. saya akan follow selagi cik linda menulis blog ni:),insyallah saya akan support:),cik linda saya tak pandai comment makanan,:)

    ReplyDelete