Blogger Templates

PROGRAM TOMORROW'S LEADER

Unit Psikologi & Kerja,Kolej Komuniti Jelebu dengan kerjasama Agensi AntiDadah Kebangsaan Daerah Jelebu telah menganjurkan sebuah program motivasi iaitu Program Tomorrow's Leader yang telah disasarkan pada semua pelajar Semester 1,KKJU.

Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan tingginya nilai sesebuah kehidupan..Seramai 50 org pelajar semester 1 telah hadir..Penceramah jemputan untuk sesi tu ialah Ustaz Mohd Haswandi..Ceramah bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 7.00petang di Dewan Syarahan,KKJU.

Program kemudian diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa di Cafe KKJU..(huh punyala sibuk sampai lupa plk nk snap pict time nih)..Tetamu telah dihidangkan dengan juadah yg super sedap seperti Nasi Bukhari.Ditaja khas oleh pihak AADK Daerah Jelebu.

Majlis ni juga turut dihadiri oleh Pengarah KKJU,Tuan Haji Jalil Bin Haji Limat,KJPSH; Pn Hajah Enar Binti Ishak;dan staf KKJU.Wakil dari AADK Daerah Jelebu pula ialah,Penolong Pengarah AADK,Negeri Sembilan; Encik Mohd Basharudin Bin Said dan beberape orang staf AADK.Tak lupe juga yang memeriahkan majlis ialah 50 orang pelajar semester 1,KKJU.Selesai majlis berbuka puasa,Program ini diakhiri dengan Solat Magrib berjemaah di surau KKJU..







byk jugak ilmu yg diajar oleh Ustaz Haswandi aritu,antaranye cara untuk melepaskan diri dr org yg nk wat jahat kat kita..

No comments:

Post a Comment