Blogger Templates

PROGRAM PENUTUPAN MADRASAH RAMADHAN & MAJLIS BERBUKA PUASA KKJU

Ramadhan ke 23 disambut dengan penuh kegembiraan oleh warga KKJU dalam perjalanan mencari keberkatan menuju penghujung Ramadhan tahun ini..Program Madrasah Ramadhan yg telah dilaksanakan oleh warga KKJU Khususnya AJK terlibat yang diketuai oleh Ustazah Safra,telah dipenuhi dgn pelbagai aktiviti ilmiah antaranya ialah pertandingan Imam Muda Junior,Pertandingan Azan,Quiz Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Program memasak bubur lambuk untuk diagihkan pada komuniti setempat,Program Bakul Makanan (dikendalikan oleh Kelab Staff KKJU untuk diberikan pada golongan yg memerlukan)dan kemuncaknya adalah Majlis Perasmian Penutupan Program Madrasah Ramadhan yg telah dilaksanakan oleh YBhg Datuk Jalaluddin Haji Alias selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Kolej Komuniti Jelebu diiringi oleh Pengarah Kolej Komuniti Jelebu,Tuan Haji Jalil Bin Haji Limat,Majlis penutup pula telah dipenuhi dengan pelbagai pengisian antaranya Solat Asar Berjemaah, Ceramah "Keajaiban Al-Quran" yg disampaikan oleh Ustaz Wan seterusnya penyampaian Sumbangan pada pelajar yg layak dan penyampaian Hadiah serta Sijil Penyertaan kepada pemenang-pemenang pertandingan..Program seterusnya diakhiri dgn Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Berjemaah oleh Warga KKJU dan tetamu-tetamu jemputan.


Mdm Syida,Me & Ibu aka Pn Hajah Enar
*wink*wink*sempat lagi tu walaupun tgh dgr ceramah:)


Ustaz Wan sedang menyampaikan ceramah "Keajaiban Al Quran"


Menunggu masa tuk berbuka Puasa:)


semua tgh bersedia amek juadah berbuka together gether;)

No comments:

Post a Comment